Header Ads

Liga Jepun Lancar E-Sukan

LIGA J umum akan melancarkan liga e-sukan dengan kerjasama pengeluar terkenal permainan video, Pro Evolution Soccer (PES). - Foto Reuters

TOKYO: Liga bola sepak utama di negara ini, Liga Jepun atau Liga J mengumumkan hari ini, pihaknya akan melancarkan liga e-sukan dengan kerjasama pengeluar terkenal permainan video, Pro Evolution Soccer (PES).

Pemain yang bersaing akan mewakili 40 kelab daripada dua liga utama di Jepun sepanjang dua hari kejohanan pada Julai ini. Mereka bakal berentap dalam permainan simulasi bola sepak popular versi telefon mudah alih.

“E-sukan berjaya menarik minat dari generasi berbeza, gender dan kalangan orang kurang upaya atau sebaliknya,” kata Pengerusi Liga J pada sidang media hari ini, menurut laporan agensi berita Kyodo News.

“Ia sangat berguna untuk menambah tarikan kepada sukan bola sepak,”.

PES yang turut dikenali sebagai Winning Eleven di Jepun, membentuk sebahagian daripada program demonstrasi pada temasya Sukan Asia di Jakarta-Palembang tahun lalu. - REUTERS

SUMBER - BERITA HARIAN


LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA