Pendaftaran KAD OKU bagi Orang OKU.
Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)
telah dikemaskini pada NOVEMBER 2019
Orang Kurang Upaya adalah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan dalam masyarakat.
OKU yang bertaraf warganegara Malaysia adalah digalakkan untuk mendaftar sebagai OKU secara sukarela. Inisiatif ini dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Boleh Klik Disini Untuk masuk ke laman web JKM dan klik DISINI untuk memuatnaik borang permohonan OKU atau mencetak borang permohonan OKU
**Tarikh borang telah diKemaskini pada tahun 2019!!**
OBJEKTIF PENDAFTARAN
Pendaftaran OKU adalah bertujuan seperti berikut:
• Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan;
DEFINISI OKU
• Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, "OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat".
JENIS PENDAFTARAN
PENDAFTARAN BAHARU• Pendaftaran baharu adalah permohonan pendaftaran OKU dibuat kali pertama. Permohonan pendaftaran memerlukan dokumen seperti berikut:
i. Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPOKU Pindaan 2/2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta;
ii. Satu (1) salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad;
iii. Satu (1) keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid.
PENDAFTARAN SEMULA
• Pendaftaran semula adalah pendaftaran yang dibuat semula bagi pemegang Kad OKU lama yang berdaftar sebelum tahun 2011. Pemohon perlu melengkapkan BPPOKU Pindaan 2/2019.
• Pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan adalah diperlukan bagi kes-kes seperti berikut sahaja:
Semua kategori OKU yang tidak dinyatakan sub kategori di mana-mana laporan bertulis.
• Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU; dan
• Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian/ketidakupayaan mereka.
DEFINISI OKU
• Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, "OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat".
JENIS PENDAFTARAN
PENDAFTARAN BAHARU• Pendaftaran baharu adalah permohonan pendaftaran OKU dibuat kali pertama. Permohonan pendaftaran memerlukan dokumen seperti berikut:
i. Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPOKU Pindaan 2/2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta;
ii. Satu (1) salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad;
iii. Satu (1) keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid.
PENDAFTARAN SEMULA
• Pendaftaran semula adalah pendaftaran yang dibuat semula bagi pemegang Kad OKU lama yang berdaftar sebelum tahun 2011. Pemohon perlu melengkapkan BPPOKU Pindaan 2/2019.
• Pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan adalah diperlukan bagi kes-kes seperti berikut sahaja:
Semua kategori OKU yang tidak dinyatakan sub kategori di mana-mana laporan bertulis.
• Maklumat diperlukan bagi tujuan mengemaskini sub kategori dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU);
OKU fizikal yang mempunyai ketidakupayaan yang tidak jelas

Post a Comment