Header Ads

Kelebihan Memiliki Kad OKU (2021)


LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
nak hosting sendiri, senang cepat dan mudah? daftar DISINI 
Subscribe Channel Kami di Youtube


KEISTIMEWAAN PEMEGANG KAD OKU BERDAFTAR DI MALAYSIA
dikemaskini pada November 2021 ** Baca Sampai Habis!


Seorang pemegang KAD OKU yang berdaftar secara sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) akan menerima keistimewaan kemudahan dan keistimewaan yang disediakan di bawah Kerajaan Malaysia tertakluk kepada memenuhi syarat kelayakan dan prosedur yang ditetapkan oleh agensi-agensi yang menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan.

Berikut adalah senarai kemudahan dan keistimewaan bagi pemegang Kad OKU.

1. Pengecualian bayaran My Kad, Sijil Kelahiran dan Sijil Kematian

2. Pengecualian bayaran rawatan perubatan (Yuran Pendaftaran dan Rawatan di Hospital dan Klinik Kerajaan)

 POPULAR POST : UKIRAN EMAS PREMIUM BY BIBIGOLDSMITH

3. Pengecualian duti import alat tiruan/sokongan (melalui permohonan)

4. Program Pendidikan Khas Integrasi Inklusif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

5. Elaun RM150.00 sebulan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (bergantung kepada kadar semasa peruntukan kementerian)

6. Bantuan kewangan pelajar OKU di IPT/ Politeknik Kolej Komuniti daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (bergantung kepada kadar semasa peruntukan kementerian)

7. Diskaun/potongan 40% yuran pengajian di Open Universiti Malaysia (OUM);

8. Dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam (berdasarkan kekosongan dan kelayakan bersesuaian);

9. Waktu bekerja anjal (melalui permohonan kepada Ketua Jabatan);

10. Pencen Terbitan kepada anak penjawat awam yang telah meninggal dunia;

11. Sistem Penempatan OKU (SPOKU) daripada Kementerian Sumber Manusia (melalui pendaftaran kepada JTK);

12. Skim Bantuan Galakan Perniagaan(SBGP-OKU) daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM) -(Secara Kumpulan atau Persatuan)

13. Kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan daripada LHDN (melalui perisytiharan)

14. Pengecualian Cukai Jalan daripada JPJ (melalui permohonan)

15. Pengecualian bayaran pembaharuan lessen memandu daripada JPJ. (melalui permohonan)

16. Pengecualian duti eksais kenderaan OKU buatan Malaysia (melalui permohonan)

17. Diskaun tambang pengangkutan awam. (pembelian secara walk-in atau telefon)

18. Pengecualian bayaran dokumen perjalanan (Pasport).

19. Pengecualian bayaran dan pembaharuan daftar syarikat/lesen perniagaan daripada SSM.

20. Potongan harga 20% pembelian rumah daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad.

21. Kadar sewa rumah yang rendah. (PBT terpilih)

22. Kemudahan perkhidmatan daripada Telekom Malaysia

23. Khidmat nasihat dan kaunseling.

24. Institusi Pemulihan/Latihan OKU.

25. Bantuan daripada JKM kepada yang layak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan;
• Elaun Pekerja Cacat (EPC)
• Elaun Pelatih Pusat Pemulihan Dalam komuniti (PDK)
• Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
• Bantuan Penjagaan OKU Pesakit kronik Terlantar (BPT)
• Bantuan Latihan Aperantis (BLA)
• Geran Pelancaran (GP)
• Bantuan Alat Tiruan dan Sokongan
(Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia)

Maklumat di bawah adalah yang Dikemaskini lebih terperinci

dikemaskini pada November 2021

Meningkatkan Peluang Pekerjaan OKU 

 • Pekeliling Perkhidmatan Bil. 16/2010: Dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya 
 • Perkhidmatan pendaftaran pekerjaan secara online 
**sila layari di sini untuk lebih lanjut

Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU (SBGPOKU) 

• Telah berniaga sekurang-kurangnya 3 bulan
• Usia 18 tahun keatas • Individu dan berkelompok

• Geran berbentuk one-off 
**sila layari di sini untuk lebih lanjut


Pengecualian Duti Import Impot Alat Ganti Alat Tiruan/Sokongan
* Sila layari laman web : http://www.treasury.gov.my untuk maklumat lanjut. 
 Pengecualian 100% Duti Eksais Kenderaan OKU 
• OKU Fizikal, pendengaran dan pertuturan 
• Ada lesen memandu 
• Kereta keluaran tempatan sahaja (Proton dan Perodua) 
• Tidak boleh pindah milik atau jual selama 5 tahun kecuali dengan kebenaran Kem. Kewangan 
• Sebuah kereta setiap 5 tahun
**sila layari di sini untuk lebih lanjut

Pencen Terbitan Seumur Hidup kepada Anak OKU  
• Diberikan kepada anak OKU kepada penjawat awam yang telah meninggal dunia 
**sila layari di sini untuk lebih lanjut


Waktu Bekerja Anjal
• Kemudahan kepada kakitangan awam untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak OKU
* Sila layari laman web : http://www.jpa.gov.my untuk maklumat lanjut.

Kemudahan Telekom Malaysia di Bawah Pakej Penyayang

 
• Percuma untuk sewa bulanan perkhidmatan talian telefon kediaman sahaja
• Percuma untuk panggilan ke Perkhidmatan Panduan Direktori Telefon (103)
• Percuma untuk perkhidmatan telefon Kemudahan Tambahan samada Panggilan Menunggu atau Pemindahan Panggilan % secara sepenuh masa di IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti
• Bantuan kewangan pelajar OKU IPT tempatan (sepenuh masa) meliputi perbelanjaan bagi yuran pengajian dan wang saku yang kedua-duanya diberi pada kadar tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 bagi sepanjang tempoh pengajian 
• Bantuan kewangan pelajar OKU IPT tempatan (separuh masa/pengajian jarak jauh) diberi pada kadar tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 bagi sepanjang tempoh pengajian meliputi perbelanjaan yuran pengajian sahaja 
* Sila layari laman web : https://biasiswa.moe.gov.my/bk_oku untuk maklumat lanjut. 

Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas (PPK) di Politeknik/Kolej Komuniti 
• Diberikan kepada pelajar OKU yang mengikuti program pendidikan khas (sijil kemahiran khas) di politeknik terpilih 
• Kadar bantuan PPK adalah sebanyak RM3,660.00/ semester 1 sahaja dan RM3,360.00/semester 2 hingga 4, mengambil kira bantuan yuran, sara hidup, penginapan dan alat bantuan belajar
* Sila layari laman web : https://biasiswa.moe.gov.my/bk_oku untuk maklumat lanjut.

Diskaun 50% Yuran Pengajian Universiti Terbuka Malaysia (OUM) 
* Sila layari laman web : http://www.oum.edu.my untuk maklumat lanjut.

Saluran Khas Bagi Pengambilan OKU Di IPTA 
• Pengambilan pelajar OKU dibuat menerusi saluran khas (tanpa perlu bersaing dengan kategori biasa) yang hanya berdasarkan kelayakan minima sahaja 
• Penempatan universiti disesuaikan dengan kemudahan dan bidang yang disediakan oleh IPTA 
* Sila layari laman web : http://www.portal.moe.gov.my untuk maklumat lanjut.

Peluang Pemulihan/Latihan di Institusi Pemulihan/Latihan kepada OKU 
• Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) 
• Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi 
• Taman Sinar Harapan (OKU Pembelajaran)
• Bengkel Terlindung (OKU yang mampu bekerja tetapi tidak dapat bersaing dalam pasaran kerja)
 * Sila layari laman web : http://www.jkm.gov.my untuk maklumat lanjut.

Pengecualian Bayaran dan Pembaharuan Daftar Syarikat 
* Sila layari laman web : http://www.ssm.com.my untuk maklumat lanjut. 

Kod Amalan Akses bagi OKU: 
• Kemudahan awam, kemudahan pengangkutan, kemudahan dalam dan luar premis yang mesra OKU berkonsepkan reka bentuk sejagat 
* Sila layari laman web : http://www.msonline.gov.my untuk maklumat lanjut.

 

Kemudahan dan Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan.
• Pelepasan cukai berganda kepada majikan yang melatih dan mengambil pekerja OKU 
• Pelepasan cukai sebanyak RM6,000.00 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak OKU
• Pelepasan cukai sehingga RM6,000 bagi membeli alat-alat khas untuk kegunaan sendiri, anak atau ibubapa OKU 
• Pelepasan cukai diri sebanyak RM6,000 kepada OKU dan RM3,500 kepada pasangan OKU
* Sila layari laman web : http://e.hasil.org.my untuk maklumat lanjut.

Kadar Sewa Rumah yang Rendah (DBKL) 
* Sila layari laman web : http://www.dbkl.com.my untuk maklumat lanjut.

Potongan Harga 20% Pembelian Rumah daripada SPNB 
* Sila layari laman web : http://www.spnb.com.my untuk maklumat lanjut. 

Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan 
• Bayaran wad kelas 3
• Bayaran pakar 
• Bayaran ubat 
• Hanya hospital kerajaan 
* Sila layari laman web : http://www.moh.gov.my untuk maklumat lanjut.


Pengecualian Bayaran Membuat MyKad, Carian Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian 
* Sila layari laman web : http://www.jpn.gov.my untuk maklumat lanjut. 

Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan (Pasport) 
* Sila layari laman web : http://www.imi.gov.my untuk maklumat lanjut. 

Kelebihan bila melanggan TMNET 
* Sila layari laman web : http://www.tm.com.my untuk maklumat lanjut. 

Bantuan Kewangan 
• Bantuan Am (bayaran bulanan berbeza mengikut negeri) 
• Elaun Pekerja Cacat (EPC) 
• Bantuan bagi KU yang Tidak Berupaya Bekerja (BTB) 
•Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) 
• Geran Pelancaran 
• Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan *
 Sila layari laman web : http://www.jkm.gov.my untuk maklumat lanjut. 

Produk Perlindungan Takaful - Agro Nurani 
• Ditawarkan kepada OKU yang berumur 16 hingga 45 tahun.
• Manfaat yang ditawarkan seperti perlindungan kematian, kematian akibat kemalangan, kematian akibat penyakit biasa dan elaun tunai wad (akibat kemalangan) 
• Manfaat perbelanjaan pengkebumian  
* Sila layari laman web : http://www.agrobank.com.my untuk maklumat lanjut. 

Pelan Insurans Hayat -
 • Ditawarkan kepada OKU yang berumur 16 hingga 70 tahun
 • Kadar premium bermula daripada RM50.00 bagi jumlah diinsuranskan RM25,000.00 
 * Sila layari laman web : http://www.allianz.com.my untuk maklumat lanjut. 

Khidmat Nasihat dan Kaunseling 
* Sila layari laman web : http://www.jkm.gov.my untuk maklumat lanjut.

Hadiah Sukan Negara bagi Atlit Paralimpik 
* Sila layari laman web : http://www.nsc.gov.my untuk maklumat lanjut. 

Pengecualian Bayaran Masuk ke Zoo Negara 
* Sila layari laman web : http://www.zoonegaramalaysia.my untuk maklumat lanjut. 

Diskaun 40% Bayaran Masuk ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) 
* Sila layari laman web : http://www.pskt.com.my untuk maklumat lanjut. 

Boleh Komen Di Bawah Untuk Admin Mengetahui Kehadiran Pembaca, Nanti Admin Akan Update Lagi Dengan Pihak Berwajib!!
PENTING!! Langgani Kami Dengan Masukkan Email Di Bawah!




Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?