Header Ads

Hanya Salah Faham, Bukan niat Provokasi bawa Anjing Semasa Perarakan Maulidur Rasul


LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
nak hosting sendiri, senang cepat dan mudah? daftar DISINI 

Subscribe Channel Kami di Youtube





“Kami berarak dalam keadaan tenang di hari baik, tiada sebarang masalah. Mengenai dakwaan seorang lelaki membawa anjing itu, mungkin individu itu tidak tahu, malah anjing itu tidak mengganggu peserta perarakan.”



Demikian penjelasan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Md Azhan Samat mengenai dakwaan wujudnya provokasi pada Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019M Peringkat Negeri Melaka di Melaka, hari ini.

Beliau berkata, tidak timbul sebarang provokasi, sebaliknya hanya salah faham dalam insiden itu dan perhimpunan di Stadium Hang Tuah sebelum disusuli perarakan sejauh 2.5 kilometer menuju ke Datatan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Bukit Palah berjalan lancar.

“Tidak timbul sebarang provokasi dan apa yang berlaku disebabkan salah faham.



“Sekiranya ia insiden serius, sudah pasti isu itu dipanjangkan untuk diambil tindakan sewajarnya,”
katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Dalam pada itu, Md Azhan turut berterima kasih kepada anggota penguat kuasa termasuk polis yang membantu kelancaran program membabitkan penyertaan 5,100 peserta perarakan mewakili 93 kontinjen daripada agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Terdahulu, tular di Facebook petang ini mengenai tiga gambar menunjukkan anggota trafik bersama seorang individu yang membawa anjing berdekatan peserta perarakan Maulidur Rasul.

Keterangan pada gambar itu ditulis ‘cubaan provokasi ketika sambutan Maulidur Rasul yang berjaya dibendung oleh anggota trafik bertugas.’

Kejadian didakwa berlaku di Melaka ketika peserta perarakan sedang menuju ke Dataran MAIM pagi tadi.



Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung insiden berkenaan.


Sumber Harian Metro


Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?