Header Ads

Rodrigo Bantu Valencia Ke Final Copa Del Rey


Pemain Real Betis, William Carvalho (kiri) bersaing dengan penyerang Valencia, Rodrigo Moreno dalam aksi Copa del Rey di Valencia. - Foto AFP


MADRID: Valencia menempah tiket ke final Copa del Rey bertemu Barcelona selepas Rodrigo membantu menjaringkan gol tunggal pada babak kedua perlawanan menentang Real Betis bagi membolehkan kelab itu memenangi perlawanan dengan 1-0 di Mestalla pagi tadi
.
Pada perlawanan pertama sebelum ini, Valencia terikat 2-2 dengan Betis namun berjaya menafikan kemaraan Betis pada perlawanan timbal balik awal pagi tadi untuk mara ke final pada 25 Mei, dengan pasukan bimbingan Marcelino itu mempamer persembahan hebat bagi mara ke final kejohanan utama sejak memenangi kejohanan itu pada tahun 2008.

“Kami mengharungi kesukaran pada musim ini dan pasukan ini berhak untuk memperoleh ganjaran ini, kami melalu saat yang sangat sukar,” kata Marcelino kepada televisyen Sepanyol.

“Kami memperoleh keputusan lebih baik daripada apa yang ditunjukkan dalam keputusan. Ada banyak seri, beberapa kekalahan. Kami akan selalu menjadi kompetitif.”

Penyerang pinjaman dari Paris Saint-Germain, Jese Rodriguez hampir menjaringkan gol pembukaan buat Betis enam minit sebelum rehat tetapi dinafikan penjaga gol, Jaume Domenech.

Pemain tengah Valencia, Daniel Wass (kanan) bersaing dengan pemain sayap Real Betis, Francis dalam aksi Copa del Rey di Stadium Mestalla, di Valencia. - Foto AFP

Pemain Real Betis, William Carvalho (kiri) berebut bola dengan pemain Valencia, Kevin Gameiro dalam aksi di Valencia. - Foto AFP

Valencia kembali melakukan serangan pada minit ke-56 apabila Kevin Gameiro membantu Rodrigo untuk membantu jaringan keempat dalam kempen Copa kali ini, selepas mencipta hatrik pada pusingan suku akhir menentang Getafe.

Betis yang terdahulu mensia-siakan peluang apabila mendahului 2-0 dalam perlawanan pertama separuh akhir, bergelut untuk memberi tekanan kepada Valencia dengan tandukan lewat Loren Moren adalah cubaan yang paling hampir sebelum tuan rumah mengesahkan kemenangan dengan agregat 3-2.

Pada Rabu lalu, Barcelona menghampiri untuk mencatatkan rekod trofi Copa del Rey buat kali kelima berturut-turut dengan kejayaan 3-0 ke atas Real Madrid. - AFP

SUMBER-BERITA HARIAN
 
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA