Header Ads

Seorang Remaja Mati Dilanggar Bas

KEADAAN motosikal mangsa yang terperosok di bawah bas dalam kejadian di Kilometer 406.1 Lebuhraya Utara Selatan, Hulu Selangor, Selangor hari ini.


Seorang remaja maut selepas dilanggar sebuah bas dalam kejadian di kilometer 406.1 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara di Hulu Selangor, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Khairil Danial Hamidon, 19, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kejadian bermula apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 telah melanggar sebuah kereta Perodua Viva yang sedang bergerak di lorong tengah.


“Akibat daripada itu, mangsa kemudian tercampak ke lorong kanan mengakibatkannya dilanggar bas yang tidak sempat mengelak,”
katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Lim, pemandu kereta dan bas tidak memgalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber : Utusan Online


LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA