Suami Sering Bercakap Kasar Dan Herdik Isteri?Sejujurnya Boleh Merobohkan Mahligai Yang Dibina
Kau ni b*d*h!
Maaf kalau mulakan posting kali ini dengan ayat macam ni.
Kasar tak ayat macam ni bagi anda?
Mungkin tak kasar kalau diucapkan member-member sambil bergurau kan?.
Tapi bagaimana rasanya jika ayat diatas diucapkan oleh suami atau pasangan anda sendiri.
Itulah kisah yang dikongsikan salah seorang wanita pada sesi sesi consultation beberapa hari lepas. Ayat pertama yang keluar dari beliau masa sesi ini adalah saya ada masalah dengan suami, saya tertekan dengan suami.
Saya hadapi tekanan perasaan bila suami suka gelar saya bodoh dan dengan perkataan lain yang buruk dan keji.
Beliau beritahu tak tahan bila digelar bodoh dan beberapa perkataan lain yang tak sedap pulak saya nak ditulis di sini.
Honestly, perkataan macam ni saya dah biasa dengar malah ada yang lebih teruk dan lebih bisa daripada ini yang pernah dikongsikan client saya. Apa pun jenis perkataannya, yang buruk dan yang keji pastinya menusuk terus ke hati. Manakan tidak, pasangan sendiri yang ucapkannya.
Berbalik kepada wanita ini, perkataan yang diungkap suami ini telah memberi tekanan padanya. Telinganya sakit, hati pun lagi la. Dah bertahun lama saya dengar. Lama kelamaan secara tidak sedar perasaan hormat dan sayang pada suami hilang.
Sebab dari masalah mulut ini, hubungan mereka semakin teruk. Komunikasi makin parah, pergaduhan makin kerap. Hubungan mereka mula suram tidak seperti dulu semuanya bermula dari perkataan bodoh.
Ceritanya wanita ini memang panjang, kalau saya nak tulis memang panjang. Perbincangan kami saja makan masa hampir 2 jam. Lama tak? Sesi consultation memang ambil masa lebih kurang macam tu. Lagi kronik masalah client lagi lama lah masanya.
Saya kongsikan pada beliau langkah yang boleh diambil, step by step ikut kepada kesesuaian. Antaranya saya cadangkan beliau mulakan dengan
1)aduan keluarga di pejabat agama dahulu dan lihat apa feedback selepas sesi kaunseling dijalankan.
2)Kemudian barulah ambil langkah seterusnya sesuai dengan keputusan kaunseling tersebut.
Apa yang dihadapi wanita ini ianya dinamakan sebagai penderaan secara mental.
Beliau hadapi tekanan pada emosi, batin dan mental. Ianya sebenarnya lebih parah berbanding penderaaan atau keganasan secara fizikal. Ia seperti anai-anai yang memakan kayu secara perlahan-lahan. Secara tidak sedar tiang rumah reput dan merobohkan sebuah rumah. Itulah analogi yang boleh digambarkan.
Luka atau lebam pada fizikal boleh dilihat dan diubati, lambat laun ianya hilang dari pandangan. Luka pada batin dan mental, tidak dapat dilihat dan susah diubati. Ia seperti barah.
Elakkan wujud perkataan buruk, cacian atau sebagainya dalam rumahtangga. Ia sesuatu yang sangat tidak sihat. Nampak macam tiada kesan apa-apa sebab hanya cakap sahaja. Tapi sebenarnya kesan sangat besar pada rumahtangga dan ianya tidak nampak ketika itu. Jika tidak dibendung, rumahtangga pula boleh berantakkan.
Moga ada manfaat.
Post a Comment