Header Ads

Kenapa Laki Kena Tegur Perempuan Dulu?

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA


Tidak seringkas itu, dik. Kes belum tutup.
Ovum dihasilkan dihasilkan di ovari. Kemudian ia bergerak ke infundibulum tiub Fallopian melalui mukus dengan bantuan cilia.
Ya, ia bergerak tau.
Cilia adalah bulu-bulu mikroskopik di permukaan dalaman tiub Fallopian yang berfungsi sebagai jari-jari halus yang menolak mukus dan ovum sepanjang infundibulum dan ampula tiub Fallopian.
Jika jodoh cepat sampai, ovum jumpa sperma semasa masih di infundibulum, kemudian bersenyawa dan mereka sama-sama teruskan perjalanan ke rahim yang mungkin ambil masa 3-5 hari. Sweet, kan?
Jika lambat jodohnya, ovum tak putus asa, ia teruskan perjalanan penuh dugaan sendirian sepanjang ampula tiub Fallopian sehingga ovum itu berjumpa dengan sperma. Ini pun masih lagi sweet juga.
Tahu tak apa yang tak sweet?
Bila ovum hanya menunggu di ovari, mengharap sperma datang kepadanya. Lalu berjodoh dengan sperma yang gigih mencari ovum. Kemudian mereka bermalas-malasan sahaja di tiub Fallopian itu.
Membesarlah mereka sebagai janin di tiub Fallopian, dan situasi ini kita panggil ectopic pregnancy iaitu kehamilan luar rahim. Bila ini berlaku, ia sangat tak sweet!
Kenapa tak sweet?
Sebab kalau terus membesar, janin tu boleh menyebabkan tiub Fallopian tu pecah dan berlaku pendarahan yang serius. Boleh bawa maut pada janin dan ibu hamil berkenaan.
Jika tak pecah pun, lazimnya perlu pembedahan. Jika si ibu berjaya diselamatkan, Alhamdulillah. Walaupun kadang-kadang tiub Fallopian perlu dibuang, syukurlah pada Tuhan, diberi peluang lagi.
Jika berakhir dengan kematian, bedah siasat akan dilakukan, mensyuarat mortaliti dan morbiditi dilangsungkan, laporan dibuat, sijil mati dikeluarkan, permit penguburan diluluskan, jenazah dikebumikan, talkin dibacakan.
Barulah kes tutup.
Jadi, nak tunggu, tunggulah, ya.

Analogi-analogi kehidupan

Nota: jika kalian suka baca ulasan santai tentang perubatan, jemput follow.



       

SUMBER - Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?