Header Ads

Tun M kagum kilang milik anak Melayu


LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
GURUN: Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa lebih sejam melawat kilang jus buah-buahan milik Nenas Merbok Sdn Bhd di Pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), di sini.
Perdana Menteri yang tiba jam 10 pagi di kilang itu memandu sendiri kereta jenis Mercedes Benz S450 ditemani bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin.

GURUN: Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa lebih sejam melawat kilang jus buah-buahan milik Nenas Merbok Sdn Bhd di Pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), di sini.

Perdana Menteri yang tiba jam 10 pagi di kilang itu memandu sendiri kereta jenis Mercedes Benz S450 ditemani bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin.

Dalam lawatan itu, Dr Mahathir berpeluang melihat proses membuat jus nanas selain turut diberikan taklimat oleh pihak pengurusan kilang berkenaan berhubung operasi di situ.

Turut serta dalam lawatan itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Selepas ini, Perdana Menteri dijadual melawat Ber One Farm di Bukit Kayu Hitam dan Oblong Burger Manufacturing Facility di Jitra dalam lawatan beliau di Kedah.



Sementara itu, pemilik kilang jus berkenaan, Abu Hassan Man, berkata beliau berbangga apabila Dr Mahathir sendiri melahirkan rasa kagum terhadap keupayaan orang Melayu yang mampu melaksanakan operasi menghasilkan produk berasaskan buah-buahan, khususnya nanas.

Beliau berkata, Perdana Menteri turut memberikan cadangan supaya pihaknya meluaskan pasaran produk ke luar negara berbanding jualan kini yang hanya memfokuskan kepada wilayah utara.

Sebelum ini saya dimaklumkan oleh Tun Daim bahawa Dr Mahathir tidak percaya orang Melayu boleh berniaga macam ini (membuka kilang) tetapi bila beliau datang sini dan lihat sendiri, beliau mengaku orang Melayu boleh buat.

“Saya amat berbesar hati apabila Perdana Menteri sendiri memuji operasi kilang ini dan mencadangkan supaya saya mengeksport produk ke pasaran lebih luas dan tidak hanya tertumpu pada wilayah utara,” katanya yang ditemui hari ini.

Abu Hassan berkata, kilang berkeluasan 6,000 kaki persegi itu yang sudah beroperasi dua tahun lalu mempunyai 10 kakitangan dengan menghasilkan produk berasaskan buah nanas dan buah-buahan tempatan lain.

“Kilang ini menghasilkan produk seperti puri, jus, kordial, sos dan buah-buahan kering dengan keperluan stok sehingga lapan tan metrik sehari,” katanya.

SUMBER - BERITA HARIAN

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?