Header Ads

Transformers Muncul di Sibu


Gempar 'Transfomers' muncul di Sibu.

PENDUDUK berhampiran Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu gempar dengan kemunculan ‘Transformers’ selepas video mengenainya tular di media sosial sejak petang semalam,

Bagaimanapun, gambar objek seperti robot gergasi itu sebenarnya adalah sisa longgokan sampah yang terbakar di tapak kitar semula di kawasan berdekatan.



Pemangku Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran di tapak kitar semula itu pada 3.25 petang.

“Maklumat yang diperolehi berkaitan kebakaran yang agak besar di lokasi kejadian.

“Lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dan sebaik sampai, didapati longgokan sampah yang terdiri daripada barangan lusuh dan besi buruk terbakar,”
katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Difahamkan, ketika operasi memadam kebakaran dijalankan, sisa longgokan setinggi bangunan dua tingkat yang terbakar itu terbentuk seolah-olah robot gergasi.



Katanya lagi, anggota bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengawal dan memadamkan sepenuhnya kebakaran itu.



LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?