Header Ads

Kereta Elektrik Pertama Di Jepun Tahun 1947 ( Tama )



Tahukah anda pada perang dunia ke 2 ? Selepas berlakunya peperangan dunia ke 2, Minyak sangat susah dicari terutama sekali di Jepun,


Tachikawa Aircraft pada masa itu terus bertindak di luar kotak dengan membangunkan sebuah kereta Tama E4S-47-1, pada tahun 1947. Kereta yang beroperasi hanya dengan menggunakan elektrik pertama dikeluarkan oleh Jepun dari Syarikat Tachikawa Aircraft.

Kelajuan kereta Tama ini boleh mencecah sehingga 35km/h (22 mp/h) dengan jarak 65 KM ( 40 miles ),dengan menggunakan pelbagai sumber bateri yang boleh diakses dari panel pintu bawah.

Tachikawa kemudiannya menukar nama Syarikat kepada Tokyo Electric Car Company dan mula mengeluarkan sedikit kereta. Pada tahun 1949, Syarikat itu sekali lagi menukar nama nya kepada Tama Electric Car dan memperkenalkan model baru Tama iaitu Senior.


Senior mampu pergi lebih jauh dengan 200KM ( 124 Miles ) dengan hanya sekali Cas. Tidak lama kemudian, Minyak mula masuk dalam industri Jepun tanpa lagi ada gangguan bekalan. 

Pada tahun 1952, Syarikat itu sekali lagi menukar namanya kepada Prince Motor Company, Ya! Syarikat yang mengeluarkan Skyline GT-R!. Dan pada tahun 1950, kereta Elektrik Tama hanya digunakan sebagai teksi.




Sumber JNC ( JapaneseNostalgicCar)

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?