Ular Sawa 2.5 Meter Telan Kambing
LIPIS - Bomba Sukarela Merapoh berjaya menangkap seekor ular sawa di Kampung Tagang dekat sini hari ini.
Ular sawa yang kekenyangan itu tidak mampu bergerak setelah menelan seekor kambing jantan milik seorang penternak di kampung berkenaan.
Seorang anggota bomba sukarela, Ross Raman Abdul Majid, 59, berkata, dia bersama dua lagi anggota bergegas ke tempat kejadian pukul 9 pagi tadi.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dapati seekor ular sawa berada di dalam kandang kambing itu.
"Ular sawa sepanjang hampir 2.5 meter itu tidak mampu melawan kerana kekenyangan dan kami telah memasukkannya ke dalam satu guni," katanya kepada Kosmo! Online hari ini.
Menurutnya, ular sawa itu kemudiannya dilepaskan semula di kawasan Taman Negara Relau, Merapoh. - K! ONLINE
Post a Comment