Header Ads

(Video) Kagum : Ular Sawa Salin Kulit

Jarang sekali kita dapat lihat Ular menyalin kulit bukan ? Menyalin kulit atau nama saintifiknya Ekdisis 

Tabiat ular menyalin kulit dikenali sebagai Ekdisis. Dalam proses ini seluruh lapisan luar kulit disalin dalam satu lapisan.

Sisik ular tidaklah diskret, sebaliknya merupakan sambungan epidermis, maka sisik ular tidak disalin secara berasingan tetapi sebagai satu lapisan luar yang lengkap setiap kali ular bersalin kulit, umpama stoking yang diterbalikkan. 

Bersalin kulit itu ada beberapa tujuannya. 

1) Kulit yang lama dan lusuh diganti

2) Kedua, ini membantu membasmi parasit seperti hama dan kutu. Pembaharuan kulit secara menyalin sewajarnya membolehkan pertumbuhan bagi sesetengah haiwan seperti serangga; akan tetapi, hal ini diragui dalam hal ular.
 
Penyalinan berlaku secara berkala sepanjang hayat ular. Sebelum bersalin kulit, ular berhenti makan dan sering bersembunyi atau beralih ke tempat yang selamat.  

Sebaik sahaja sebelum disalin, kulit menjadi lusuh dan kering, sementara mata menjadi kabur atau kebiruan. Permukaan dalam kulit lama mencair. Ini menyebabkan kulit lama berpecah dari kulit baru di sebaliknya.

Selepas beberapa hari, mata kembali jernih sementara ular itu "merayap" keluar dari kulit lamanya. Kulit yang lama pecah dekat mulut dan ular itu menggeliang-geliut keluar dengan berbantukan tindakan menggeser-geser di permukaan keras. Selalunya, kulit yang dilupuskan itu terkelupas ke belakang sepanjang badan dari kepala ke ekor dalam keadaan seelok-eloknya, umpama menarik stoking hingga dalam luarnya terbalik. Maka terbentuknya selapis kulit yang baru, lebih besar dan berseri di bawah kulit lama itu.

Ular yang lebih tua boleh menyalin kulitnya hanya sekali dua dalam setahun, sementara ular yang muda dan masih membesar boleh menyalin sehingga empat kali setahun.


Kulit yang terbuang ini memberikan kesan corak sisik yang sempurna, oleh itu selalunya kita boleh mengenal pasti spesies ular jika kulit terbuang itu cukup elok.Pembaharuan berkala ini menjadikan ular sebagai lambang penyembuhan dan perubatan, seperti yang digambarkan dalam Tongkat Asklepios




Video Sumber : Rick Lax


LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?