'Yang Ada Jual, Lama-lama Negara Pun Jual'
Katanya, jika dahulu PH sering tampil dengan formula 'ajaib' untuk memajukan ekonomi negara, namun sebaliknya berlaku setelah menjadi kerajaan.
"Mutakhir ini, kita lihat bagaimana kecenderungan kerajaan PH hari ini, kerjanya menjual bukan mencari, tapi sebelum memerintah mereka cakap banyak, nak betulkan ekonomi, sekarang ini hampir 1 tahun memerintah tidak ada satu pun ekonomi negara dilihat boleh dibentuk dan dikembangkan.
"Yang ada jual-jual, lama-lama negara pun mereka jual," katanya di Parlimen, di sini hari ini.
Terbaharu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam berkata, kerajaan kini terbuka terhadap sebarang kemungkinan untuk menangani kerugian yang ditanggung Malaysia Airlines Bhd (MAS).
“Untuk menutup syarikat penerbangan nasional, ia satu hal serius.
“Kamu ingat tak, dulu pun ada kajian tentang ini, sama ada kita patut tutup, jual atau buat penstrukturan semula kewangan.
“Kerajaan terbuka untuk mempertimbangkan semua kemungkinan ini. Kita perlu putuskan,” katanya kepada pemberita.
Membalas celahan itu, Ismail Sabri yang berucap bagi menjunjung kasih titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bersetuju dengan kenyataan Bung sambil menambah bahawa kerajaan PH kini dilihat telah mengambil jalan mudah untuk memajukan ekonomi negara.
"Saya bersetuju kerajaan PH ambil jalan mudah hari ini dengan menjual aset negara," katanya.
Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 yang bermula minggu ini hingga 11 April.
SUMBER - SINAR HARIAN
Post a Comment