Begini Cara Buat Stok Cili Boh ‘Power’, Tahan Berbulan Dan Tak Berkulat
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Orang Malaysia kalau masak memang ‘tak jadi’ kalau tak ada cili. Tak kisahlah cili padi, cili kering, cili segar ataupun pes cili boh – yang penting nak kena ada juga rasa pedas tu kan? Disebabkan itulah, cili boh atau cili kisar ini merupakan antara pes masakan serbaguna yang ‘wajib’ ada di setiap rumah. Berbanding menggunakan cili segar, penggunaan cili boh dalam masakan lebih menyenangkan, menjimatkan masa dan mudah disimpan sebagai stok.
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
lepas ni kejap jela masak..
Orang Malaysia kalau masak memang ‘tak jadi’ kalau tak ada cili. Tak kisahlah cili padi, cili kering, cili segar ataupun pes cili boh – yang penting nak kena ada juga rasa pedas tu kan? Disebabkan itulah, cili boh atau cili kisar ini merupakan antara pes masakan serbaguna yang ‘wajib’ ada di setiap rumah. Berbanding menggunakan cili segar, penggunaan cili boh dalam masakan lebih menyenangkan, menjimatkan masa dan mudah disimpan sebagai stok.
Walaupun cili boh banyak dijual di pasaran, tak semuanya kena dengan citarasa kita. Lagipun mungkin ada sesetengah cili boh yang telah ditambah pengawet dan membuatkan rasanya kurang asli dan tidak sesedap yang kita buat sendiri di rumah.
Jadi, jom kita tengok cara buat cili boh homemade yang ‘power’ dan tahan lama hasil perkongsian Cik Nur E-fa Zainuddin ini.
Step-by-Step: Cara Buat Stok Cili Boh ‘Power’, Tahan Berbulan Tak Berkulat
Bila ada stok cili boh di rumah memang sangat memudahkan kerja kan? Nak masak apa pun senang. Cuma perlu ambil sesudu dua dari peti sejuk bila nak masak lauk, nak buat nasi goreng, mee goreng, sambal dan sebagainya. Dah macam satu keperluan sebab orang Malaysia memang tak sah kalau tak jumpa cili dalam makanan.
Sebenarnya mudah sangat nak buat cili boh yang awesome dan tahan lama. Ini saya nak kongsikan resepi cili boh yang simple untuk dicuba di rumah.
Bahan-bahan
•Cili kering (pilih yang gemuk pendek tak pedas, kalau suka pedas ambil yang kerinting)
•Air panas mendidih (saya panaskan guna cerek elektrik je senang)
•Garam kasar
•Minyak masak
Contoh gambar jenis cili kering yang saya gunakan. Gemuk dan pendek kurang pedas. Gambar dari internet.
Cara-cara
Okay dah sediakan semua bahan? Jom kita tengok cara-caranya.
1. Gunting Cili Buang Biji
1. Gunting Cili Buang Biji
Mula-mula sekali macam biasalah, kita guntingkan dulu cili kering tu untuk buangkan bijinya.
Kalau nak senang buang biji, belahkan di tengah. Kalau nak gunting ikut suka pun tak apa asalkan bijinya dapat keluar.
2. Rendam Air Panas
Kemudian proses seterusnya kita rendamkan cili kering tadi dalam air panas mendidih sebelum dikisar. Mungkin ada yang biasa rebus atas api untuk lebih cepat, so terpulanglah yang mana senang.
Saya rendamkan dalam air panas mendidih selama sejam supaya teksturnya lembut dan cantik bila dikisar nanti.
3. Basuh & Toskan
Bila dah rendam tadi, basuhkan cili bagi bersih dan toskan lebihan air.
4. Kisar
Seterusnya, kisarkan cili kering dalam blender bersama minyak dan sedikit garam kasar.
Untuk buat sekilo cili kering ni, saya gunakan segenggam garam kasar dan 2kg minyak. Nanti masa memasak tak perlu bubuh minyak lagi untuk menumis. Apapun, boleh agak-agak mana yang rasa sesuai dengan citarasa.
5. Simpan Dalam Bekas Bertutup
Akhir sekali, bubuhkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk bahagian chiller. Boleh tahan berbulan, memang tak berkulat.
Tips Cili Boh Tahan Lebih Lama
Untuk dapatkan cili boh tahan lama, pastikan jangan guna air masa buat cili boh ni. Lepas basuh, toskan betul-betul. Boleh lebihkan minyak masa blend.
Selain itu, masa nak guna nanti ambil pakai sudu yang bersih. Jangan campur dengan sebarang sisa supaya cili kisar tu tak tercemar dengan bahan makanan lain. Tu yang buat dia mudah rosak.
Kalau buat stok sekali banyak tapi jarang masak di rumah, bahagikan kepada beberapa bekas kecil supaya mudah nak guna sedikit demi sedikit. Sebahagian tu boleh simpan dalam freezer supaya tahan lebih lama.
Selamat Mencuba
Mudah kan? Tak perlu pakai pengawet dan dijamin lebih bersih bila buat stok cili boh homemade sendiri di rumah.
Jadi, tak perlu beli lagi. Jom pakat buat sendiri. Rasa cili yang lebih asli dan ‘power’, mesti masakan pun bertambah sedap.
*Resepi cili boh tahan lama ini disumbangkan oleh Cik Nur E-fa Zainuddin menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak resepi dan perkongsian, boleh follow beliau di SINI.
SUMBER - SIRAPLIMAU
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Post a Comment