Header Ads

'Dah Biasa dah' - Tok Mat

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA





MOMENTUM kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau tidak terganggu walaupun pelbagai isu dibangkitkan parti lawan.

Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan itu sudah dijangka dengan kempen hanya berbaki empat hari lagi. Menurutnya, ia juga dianggap asam garam dalam politik dan sudah bersedia untuk berdepan dengan isu yang dibangkitkan. 

“Itu perkara biasa bagi dunia politik dalam usaha menjatuhkan pihak lawan. Tapi saya yakin rakyat kini sudah bijak untuk menilai."

 “Isu yang dibangkitkan juga perkara lama yang siasatannya sudah selesai dijalankan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui selepas melawat Pusat Mengundi Awal di Pangkalan Udara Sendayan, di Rembau, hari ini. 


Timbalan Presiden UMNO yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata demikian bagi menjawab tohmahan terhadapnya termasuk isu pemindahan wang sebanyak RM10 juta menggunakan khidmat syarikat pengurup wang untuk membeli sebuah pangsapuri di London selain pemilikan rumah mewah berkonsep Minangkabau di Seremban. 

Mohamad yang lebih senang disapa Tok Mat juga menegaskan rumah mewah yang tular di media sosial sejak semalam itu bukan miliknya. 

“Rumah itu bukan milik saya dan mereka boleh periksa siapa pemiliknya. Saya tidak terganggu dengan dakwaan berkenaan kerana itu cara mereka burukkan saya dari dulu lagi,” katanya. 

Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sembilan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat isu pembelian pangsapuri di London berharga RM10 juta oleh Mohamad ketika baru menjadi Menteri Besar. 

Sumber : HarianMetro

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?