Kerajaan Peruntuk RM6b Bantu FELDA
MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali ketika membentangkan Kertas Putih isu FELDA pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini. - NSTP/Eizairi Shamsudin |
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi bantuan kewangan RM6.23 bilion dalam bentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat mengikut keperluan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu FELDA.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata antara inisiatif berkenaan adalah perumahan generasi kedua yang terbengkalai, melupuskan hutang tidak wajar ditanggung peneroka dan menghapuskan kadar faedah Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil yang dibebankan kepada peneroka.
Katanya, FELDA juga akan memperkenalkan model baharu pengurusan tanah peneroka melalui sewaan tanah untuk satu tempoh jangka panjang yang munasabah.
“Model ini akan menyelesaikan isu demografi peneroka dan ketiadaan ekonomi bidangan. Pengenalan model baharu ini akan membolehkan tanah peneroka digabung serta diusahakan secara cekap, berskala besar dengan ekonomi bidangan yang boleh mengurangkan kos operasi dan meningkatkan
produktiviti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Kertas Putih bertajuk ‘Ke Arah Kelestarian FELDA’ untuk bacaan kali pertama di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
SUMBER - BERITA HARIAN
SUMBER - BERITA HARIAN
Post a Comment