Header Ads

Kunjungan Ke Negara Zon Konflik Peperangan Timbulkan Keinsafan - Dr Siti Hasmah

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Subscribe Channel Kami di Youtube
ISTERI Perdana Menteri merangkap Penasihat Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah pertandingan menulis esei anjuran PGPF dan MajalahSains.Com di Planetarium Negara. - Foto BERNAMA






KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, berkongsi pengalaman beliau mengunjungi negara dalam zon konflik peperangan, termasuk Iraq dan Bosnia pada 2001, yang sekali gus menimbulkan perasaan insaf serta bersyukur.

“Saya bersyukur berpeluang menyaksikan sendiri keadaan sebenar di negara zon konflik, kerana dapat menimbulkan keinsafan dan kesyukuran, selain bersama menghargai nilai keamanan.

“Keadaan di sana amat teruk, katil hospital dikongsi kanak-kanak dan ibu hamil, bangunan sekolah musnah dan lain-lain lagi yang sukar digambarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis Esei anjuran Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) di Planetarium Negara, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai, dan barisan hakim pertandingan, iaitu Dr Chandra Muzaffar, Datuk Ahmad A Talib, Prof Tan Sri Dr Zulkifli Abdul Razak, Prof Datuk Dr Roslan Abdul Shukor serta Prof Ir Dr Rosdiadee Nordin.

Dalam pada itu, Dr Siti Hasmah memuji usaha PGPF menganjurkan pertandingan berkenaan dan berharap ia diadakan secara tahunan bagi mendedahkan generasi muda dengan kepentingan menjaga keamanan serta keharmonian negara.

“Menerusi inisiatif ini, generasi muda akan berusaha mendapatkan maklumat lebih luas seperti apa itu peperangan dan kesannya, serta mencari alternatif selain peperangan apabila berlaku konflik sama ada antara individu, kerajaan atau negara,” katanya.

Malah, katanya, beliau dimaklumkan bahawa penulisan peserta membabitkan aspek teknikal, sains dan undang-undang yang memerlukan tahap pengetahuan serta kefahaman tinggi.

Pada majlis itu, Dr Siti Hasmah turut menyampaikan hadiah kepada enam pemenang kategori pertama yang terbuka kepada warga negara berumur 18 tahun ke atas bertema ‘Menjenayahkan Peperangan’, dan enam pemenang kategori kedua membabitkan pelajar sekolah dengan tema ‘Sains untuk Keamanan’.

Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, manakala naib johan pula RM3,000 dan pemenang tempat ketiga RM1,000.

Kolumnis tetap akhbar NST, Mohd Firdaus Mohd Raih dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dinobatkan sebagai naib johan bagi kategori pertama.

SUMBER - BERITA HARIAN
           
           Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?