Qari, Qariah Malaysia Juara Tilawah
KUALA LUMPUR: Qari dan qariah Malaysia diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61.
Abdul Khair Jalil memperoleh 93.02 markah, manakala Nor Farhatul Fairuzah Panut mendapat 87.05 markah.
Kemenangan itu membolehkan mereka menerima kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000.
Qari dari Algeria, Yassine Bekouassa mendapat tempat kedua, manakala tempat ketiga, Ilyas Lamhayahoui (Maghribi).
Qariah pula, wakil Indonesia, Wardatun Nisa Hasa menduduki tempat kedua, manakala tempat ketiga, Karimah Hayibaraheng (Thailand).
Bagi kategori Hafazan lelaki, peserta dari Sweden, Mohamed Abdi dinobatkan sebagai juara manakala untuk kategori wanita, ia dimenangi peserta dari Niger, Fatouma Ousseni Moussa.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang di majlis di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, malam ini.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Hadir sama, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.
Sementara itu, Mujahid dalam ucapannya, berkata syarat utama untuk mengembalikan umat Islam sebagai umat terbaik adalah dengan kembali kepada al-Quran sebagai manual cara hidup manusia.
Sementara itu, Mujahid dalam ucapannya, berkata syarat utama untuk mengembalikan umat Islam sebagai umat terbaik adalah dengan kembali kepada al-Quran sebagai manual cara hidup manusia.
Beliau berkata, Islam datang dengan membawa solusi dan menawarkan kehidupan lebih baik dengan tema ‘Rahmatan lil alamin’ atau rahmat untuk semua yang disebut dalam hadis daripada Abu Soleh RA.
Katanya, hadis itu menyatakan Nabi Muhammad SAW menyeru kepada sahabat bahawa baginda adalah rahmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada seluruh alam.
“Kalimah Al-Rahmah itu sendiri bermaksud kasih sayang, lembut, bersedia untuk berkorban dan bersedia untuk melindungi.
“Bagi memanifestasi nilai rahmah dalam membentuk kehidupan yang harmoni, adil dan sejahtera, ada tiga pra-syarat untuk menampung tertegaknya nilai ini iaitu kemuliaan akhlak, kesejagatan Islam dan kemanusiaan,” katanya.
Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Post a Comment