Header Ads

Kritik Berdasarkan Kebenaran, Keadilan - TPM

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Subscribe Channel Kami di Youtube

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) beramah mesra bersama wartawan pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Media di Parlimen. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Lebih 100 pengamal media hadir memeriahkan Majlis Raya Bersama Media anjuran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Bangunan Parlimen, hari ini.

Majlis yang bermula kira-kira jam 1 tengah hari itu dihadiri wartawan, jurugambar, juru video dan pengurusan tertinggi media bagi meraikan Aidilfitri.

Sepanjang majlis itu, Dr Wan Azizah meluangkan masa hampir sejam untuk beramah mesra dan mendengar pandangan pengamal media berhubung pelbagai perkara mengenai pentadbiran kerajaan.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A. Majid.

Sementara itu, dalam ucapannya, Dr Wan Azizah berkata, kerajaan mengalu-alukan media untuk memberikan kritikan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH), namun ia perlu berlandaskan pada paksi kebenaran dan keadilan.

“Kita menjadi sasaran (media) semasa kita pembangkang. Sekarang kita menjadi kerajaan, tetapi kita tetap menjadi sasaran.

“Namun, saudara-saudari (pengamal media) bebas untuk memberi kritikan terhadap kami di pihak kerajaan, cuma saya berharap kritikan itu adalah berlandaskan kebenaran dan keadilan.

“Sesungguhnya mata pena itu jauh lebih tajam daripada mata pedang, tetapi jika benar-benar dimanfaatkan, mata pena juga mampu memuncakkan kebahagiaan yang berpanjangan,” katanya.

SUMBER -BERITA HARIAN
         
           Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?