Header Ads

Malaysia Ada Potensi Jadi Shenzhen

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Subscribe Channel Kami di Youtube
 
KUALA LUMPUR: Malaysia berpotensi tinggi menjadi seperti Shenzhen, sebagai hab pembuatan bagi pemasangan komponen dan membuat mesin, berdasarkan persekitaran perniagaannya yang stabil dan mantap.

Pengasas dan Ketua Saintifik Skymind, Adam Gibson, berkata selain itu Malaysia juga adalah negara yang kini mendapat manfaat daripada perang perdagangan yang berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

"Berdasarkan pendirian neutralnya terhadap apa yang sedang berlaku antara dua gergasi ekonomi itu, Malaysia menerima lebih banyak pelabur dari AS dan China, terutama dalam industri perkilangan.

"Aktiviti perkilangan bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia Tenggara," katanya kepada Bernama di luar Sidang Kemuncak Beyond Paradigm 2019 selama dua hari.

Shenzhen ditubuhkan sebagai zon ekonomi khas pertama China pada 1980, bersempadan Hong Kong di selatan. Ia adalah pusat pembuatan utama di China.

Gibson berkata, selain AS dan China, negara lain seperti Jepun dan Korea Selatan juga akan menjadikan rantau ini sebagai tapak untuk bersaing dalam teknologi 5G.

Katanya, sebagai hab pembuatan, Malaysia boleh menjadi tempat pertama penggunaan aplikasi dan teknologi baharu.



Beliau sebelum itu membentangkan tajuk ‘Kecerdasan Buatan: Pemacu Era Industri 4.0’.

SUMBER - BERNAMA

         Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?