Header Ads

Polis Dilarang Ke Pusat Hiburan: Abdul Hamid

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Subscribe Channel Kami di Youtube

Abdul Hamid Bador - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengeluarkan arahan melarang semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengunjungi pusat hiburan, judi dan maksiat bagi mengelakkan amalan rasuah.




Abdul Hamid mendedahkan, selain rasuah berbentuk wang tunai, segelintir polis di negara ini didapati leka dengan sogokkan daripada tauke-tauke judi dan pusat hiburan.

"Ada polis yang selalu ditawarkan oleh tauke-tauke pusat hiburan untuk sesi berhibur dengan percuma.

"Ada yang sambut dan anjur majlis hari jadi di pusat hiburan. Anggota polis, bayangkan! buruk ke tidak? Anggota polis meraikan hari jadi dalam premis hiburan secara percuma! Itu adalah rasuah, sehingga ada yang mati dan ada yang ambil dadah," katanya semasa wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Bukit Aman di sini baru-baru ini.

Abdul Hamid berkata, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah diberi arahan untuk mereka turun dan memantau bagi menguatkuasakan arahan tersebut.

Gambar hiasan
                                                                                                        

"Sekiranya tertangkap, mereka ini akan diambil tindakan tatatertib. Sekiranya diyakini ada maklumat mengatakan keberadaan mereka di dalam pusat hiburan untuk berhibur dan ambil dadah dan sebagainya, mereka akan dikenakan proses seperti orang awam dengan ujian air kencing dan ujian darah.

"Saya tidak akan berkompromi dan siasatan akan dibuka. Saya akan ambil tindakan. Saya adil dan saya akan beri peluang untuk mereka kembali sedar tentang tanggungjawab mereka," katanya.

Abdul Hamid menambah, beliau juga telah mengeluarkan arahan kepada semua pegawai dan anggota yang mempunyai hubungan serta kaitan dengan personaliti tertentu yang terlibat dalam kegiatan dadah, judi dan maksiat supaya menghentikan hubungan.

Katanya, arahan spesifik seperti itu sebenarnya telah dikeluarkan lebih kurang 20 tahun dahulu tapi lama kelamaan arahan berkenaan diabaikan.

"Lama-lama arahan tinggal arahan sahaja, tidak pernah dikuatkuasakan. Kalau dikuatkuasakan pun hanya hambar sahaja. Kali ini saya berikan nafas dan mesej baharu yang jelas dan ia berkuat kuasa serta-merta," tegasnya.

SUMBER - SINAR HARIAN

           Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?