Header Ads

Masalah teknikal punca bayaran bantuan JKM lewat - TPM

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
nak hosting sendiri, senang cepat dan mudah? daftar DISINI 
Subscribe Channel Kami di Youtube


PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi jaminan kelewatan pembayaran Bantuan Persekutuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi November tidak akan berulang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bantuan terbabit sudah pun diluluskan tetapi mengalami masalah teknikal membabitkan prosedur hingga mengganggu pemindahan ke akaun penerima.


BACA LAGI !!:  TERBARU KELEBIHAN MEMILIKI KAD OKU (2019)



Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, bantuan akan mula dikreditkan ke dalam akaun penerima, Khamis ini.

“Kita memohon maaf dan masalah akan selesai sebelum 10 November ini.


“Perkara ini akan ditambah baik bagi memastikan ia tidak berulang,”
katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Perbincangan Meja Bulat dan Kelas Induk Mengenai Inklusi Halal Anjuran Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dan Bank Pembangunan Islam di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia, Zulkifli Ismail memaklumkan 484,828 penerima bantuan kebajikan Persekutuan akan mengalami kelewatan bantuan bagi bulan ini, berpunca daripada masalah teknikal.

Sumber: Berita Harian


Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?