Header Ads

Pemandu Lori Akhirnya Ditahan Polis Akibat Menghalang Penjawat Awam Bertugas

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
nak hosting sendiri, senang cepat dan mudah? daftar DISINI 
Subscribe Channel Kami di Youtube




IPOH: Tindakan seorang pemandu lori bukan saja tidak bekerjasama dengan menunjukkan lesen memandu, sebaliknya membuat provokasi mengatakan anggota polis mahu meminta wang membawa padah apabila dia sendiri akhirnya ditahan pihak berkuasa.
Pemandu lori itu diberkas kerana cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika lori dipandunya ditahan polis untuk pemeriksaan di Jalan Pasir Putih - Lahat, berhampiran Bandar Lahat Baru, di sini Jumaat lalu.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 9.45 pagi dan terdapat rakaman video tindakan biadap lelaki berusia 33 tahun berkenaan terhadap anggota polis yang menahan dan memeriksa dokumennya turut tular di media sosial sejak semalam.
Video berdurasi 2 minit 39 saat itu dirakam oleh seorang wanita dipercayai isteri pemandu lori terbabit.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pemandu lori itu ditahan selepas anggota polis yang terbabit dalam kes berkenaan membuat laporan susulan kejadian yang berlaku.
“Menurut anggota polis berkenaan, semasa dia dalam perjalanan pulang dari Mesyuarat Mingguan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, terserempak dengan lori dinaiki seorang lelaki dan wanita yang membawa muatan rangka kereta.
“Ketika ditahan pemandu itu bersama penumpang wanita tidak bekerjasama dan membuat provokasi seperti menipu tidak membawa kad pengenalan dan menuduh pengadu mahu minta wang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Asmadi berkata, anggota polis terbabit kemudian meminta lelaki berkenaan ke Balai Polis Lahat untuk diberikan saman atas kesalahan membawa barangan lebih had muatan.
“Lelaki itu kemudian memberikan MyKad dan beritahu mahu buat laporan yang anggota polis itu curi kad pengenalannya sebelum memandu lorinya dan meninggalkan tempat kejadian.
“Susulan laporan dibuat anggota polis mengenai kejadian itu, Pegawai Penyiasat berjaya menghubungi lelaki berkenaan berdasarkan maklumat daripada kad pengenalan ditinggalkan, namun lelaki itu tidak mengaku melarikan diri dan mengatakan tidak percaya dengan pegawai berkenaan kerana takut dianiaya, ” katanya.
Katanya, lelaki itu juga memaklumkan akan datang bersama peguam untuk memberi keterangan.
“Pemandu itu kemudian membuat aduan di Pejabat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perak selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bercham, mengatakan tidak puas hati tindakan polis terhadapnya.
“Lelaki itu kemudian dikesan dan ditahan untuk permohonan reman, manakala ujian saringan awal air kencingnya didapati negatif tetapi mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau,” katanya
sumber berita harian.
Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Enter your email address:


Delivered by Mengagumkan

No comments

Ada apa nak kata ?