Header Ads

PGA rampas lebih satu tan ketum di Bukit Kayu Hitam

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
nak hosting sendiri, senang cepat dan mudah? daftar DISINI 
Subscribe Channel Kami di Youtube


BUKIT KAYU HITAM: Tindakan mencurigakan sekumpulan lelaki memunggah barangan dari sebuah kereta membongkar kegiatan penyeludupan daun ketum di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, kejadian terbabit disedari anggota Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak yang melakukan rondaan di kawasan Ops Wawasan Kedah.


Komander Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, berkata anggotanya terlihat sekumpulan lelaki memunggah barangan dari kereta yang tidak dikenal pasti.

Sebaik menyedari kehadiran anggotanya, kumpulan lelaki itu melarikan diri dengan menaiki kereta berkenaan.

“Hasil pemeriksaan menemui 22 guni putih dan 11 plastik hitam mengandungi daun ketum.



Daun ketum seberat lebih satu tan dirampas anggota PGA Batalion 1 Ulu Kinta Perak dalam serbuan di sebuah ladang getah di kawasan Ops Wawasan Kedah.- Foto ihsan PGA

“Siasatan lanjut mendapati, guni putih itu mengandungi 770 kilogram daun ketum bernilai RM115,500 manakala semua plastik hitam berisi daun ketum seberat 242 kilogram (kg) bernilai RM36,300,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Abdul Ghani berkata, nilai rampasan dianggar melebihi satu tan itu bernilai RM151,800.

Beliau berkata, laporan dibuat di Balai Polis Bukit Kayu Hitam jam 1.19 pagi untuk tindakan lanjut.

“Barangan kes diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk siasatan lanjut,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.



Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Enter your email address:


Delivered by Mengagumkan

No comments

Ada apa nak kata ?