Header Ads

Pukul Suami Dengan Tukul Besi Suri Rumah Akhirnya Didakwa


LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
nak hosting sendiri, senang cepat dan mudah? daftar DISINI 
Subscribe Channel Kami di Youtube


KUALA TERENGGANU : Gara-gara memukul suami dengan tukul besi dan penyodok sampah, seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, pada Isnin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh Roslina Mat Yousop, 35 tahun ketika pertuduhan dibaca dihadapan hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan suaminya yang berusia 42 tahun, dengan menggunakan tukul besi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di kediaman pasangan tersebut di Kondo Rakyat Kuala Ibai di Kuala Terengganu pada 4 Disember lalu.

Tertuduh bertindak membaling tukul besi ke kepala suaminya sehingga terpaksa menerima enam jahitan.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A akta sama.


Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai, Johor bahru untuk mendapatkan rawatan psikiatri selama sebulan.

Mahkamah juga menetapkan 22 Januari depan sebagai sebutan semula kes berkenaan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Sumber Astro Awani


Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Enter your email address:


Delivered by Mengagumkan

No comments

Ada apa nak kata ?