Rafizi Ramli nekad ingin bersara dari politik
KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli pada Isnin mengumumkan keputusan meninggalkan dunia politik dan mahu menumpukan kepada kehidupan baharu.
Tegas Naib Presiden PKR itu, sudah sampai masanya untuk mempelajari tentang kehidupan kerana dengan proses pembelajaran itu, akan menjadikan dirinya seorang yang lebih baik.
“Ternyata, saya menulis ‘tweet’ ini bagi menjelaskan bahawa saya tidak akan kembali kepada dunia politik.
“Pada tahap kehidupan ini, saya perlu belajar. Hanya melalui pembelajaran kita boleh menjadi lebih baik dan menyumbang dengan lebih baik,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya.
Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa terujanya untuk menceburi bidang tekonologi dengan fokus kepada teknologi AI, pembelajaran mesin dan IoT.
It’s obvious I tweeted because I am making it clear I am not coming back to politics.— Rafizi Ramli (@rafiziramli) December 9, 2019
It’s the stage of my life when I need to learn. Only through learning we can be better & contribute better.
Excited to focus on AI, machine learning & IoT - see what I found last week. pic.twitter.com/GxbsR57uU7
November lalu, Mahkamah Tinggi membebaskan Rafizi terhadap hukuman penjara 30 bulan membabitkan kes mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) pada 15 November lalu.
Keputusan itu dibuat selepas Rafizi membuat rayuan terhadap sabitan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen pada 7 Februari lalu selepas didapati bersalah mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya.
Selepas dibebaskan, beliau telah mengumumkan tidak berminat untuk kembali aktif dalam politik atau menyandang sebarang jawatan penting dalam kerajaan.
Menurutnya, beliau mahu berehat dalam tempoh dua hingga empat tahun dan menjadi orang biasa serta menumpukan kepada keluarga.
Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Keputusan itu dibuat selepas Rafizi membuat rayuan terhadap sabitan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen pada 7 Februari lalu selepas didapati bersalah mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya.
Selepas dibebaskan, beliau telah mengumumkan tidak berminat untuk kembali aktif dalam politik atau menyandang sebarang jawatan penting dalam kerajaan.
Menurutnya, beliau mahu berehat dalam tempoh dua hingga empat tahun dan menjadi orang biasa serta menumpukan kepada keluarga.
sumber:astro awani
Post a Comment