Header Ads

Budak perempuan 10 tahun ditemui mati tergantung pada pemegang tangga


LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
nak hosting sendiri, senang cepat dan mudah? daftar DISINI 
Subscribe Channel Kami di Youtube


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemui mati tergantung di rumahnya di Bandar Damai Perdana, Cheras, Selangor, pada Khamis.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah, pihaknya menerima panggilan pada 6.55 pagi semalam dari sebuah hospital swasta yang memaklumkan menerima seorang pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa oleh ibu bapanya.


"Siasatan awal mendapati, mangsa yang juga anak sulung daripada dua orang beradik kali terakhir dilihat masih hidup pada 9 malam, Rabu.

"Ibu bapanya menemukan mangsa pada 5.30 pagi keesokan hari dalam keadaan tergantung dengan tali pada leher dan terikat pada pemegang tangga," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mohd Sabri berkata ibu bapa mangsa membawanya ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan namun disahkan telah meninggal dunia.

"Siasatan polis tidak menemui sebarang perbuatan yang
h dikaitkan dengan perbuatan jenayah dan keterangan dari kesemua ahli keluarga mangsa telah diambil dan tiada yang mencurigakan.

"Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang mendapati punca kematian disebabkan gantung diri, tiada kecederaan lain berunsur jenayah atau serangan seksual,"
jelasnya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Sumber  : Astro Awani


Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Enter your email address:


Delivered by Mengagumkan

No comments

Ada apa nak kata ?