DAP akan meninggalkan kerajaan jika Putrajaya tidak iktiraf UEC adalah tidak benar. - Kor Ming
SHAH ALAM - Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming menegaskan laporan oleh sebuah portal berita yang mengatakan DAP akan meninggalkan kerajaan jika Putrajaya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah tidak betul dan telah disalah petik.
Kor Ming yang juga Ketua DAP Perak melalui ciapan di Twitter memberitahu, laporan yang diterjemahkan portal berita berkenaan sangat mengelirukan kerana kenyataannya diambil di luar konteks.
"Portal berita berkenaan tidak pernah menemubual saya dan mereka hanya memetik atau mengambil sebahagian maklumat daripada temubual yang dilakukan akhbar Oriental Daily Malaysia ke atas saya dan kemudiannya menjadikan ia sebagai berita mereka.
"Perkara itu sudah diadukan kepada editor portal berita berkenaan dan saya meminta mereka memperbetulkan kesilapan laporan tersebut," ciapnya.
Tegasnya, temubual bersama Oriental Daily Malaysia sebenarnya adalah berkisar mengenai pembaharuan di Parlimen.
Terdahulu, portal berita berkenaan menterjemahkan temubual terbabit mengatakan Kor Ming memberitahu, DAP akan keluar daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) jika Putrajaya enggan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).
UEC adalah sijil sekolah tinggi yang diberikan oleh sekolah-sekolah Cina swasta.
Sumber Sinar Harian
Post a Comment