Header Ads

Koronavirus - Satu lagi Kes Positif dikesan di Malaysia

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
nak hosting sendiri, senang cepat dan mudah? daftar DISINI 
Subscribe Channel Kami di Youtube


KUALA LUMPUR: Satu lagi kes disahkan positif 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) dilaporkan menjadikan keseluruhan lapan kes di Malaysia yang terdiri daripada warganegara China setakat 30 Januari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kes terbaharu itu berlaku dalam kalangan kontak rapat yang mana melibatkan seorang lagi warganegnara China berusia 49 tahun.

Menurut kenyataan, kes ke-8 ini adalah wanita warganegara China yang telah dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Permai, Johor serta dilaporkan dalam keadaan stabil.

Mangsa merupakan isteri kepada kes koronavirus ke-7 yang dilaporkan di Johor pada 29 Januari 2020.

Untuk itu, sebanyak lapan kes terdiri daripada tiga kes yang sebelum ini dilaporkan dalam kalangan kes Patient-Under Investigation (PUI) jangkitan 2019-nCoV dan lima kes yang sebelum ini dalam kalangan kontak rapat yang dilaporkan di Malaysia yang mana kesemuanya terdiri daripada warganegara China.

Sejak 10 Januari 2020 sehingga 29 Januari 2020, jumlah kumulatif kes PUI bagi jangkitan 2019-nCoV adalah 89 orang yang mana 44 adalah warganegara Malaysia, 42 warganegara China dan masing-masing satu (1) warganegara Jordan, Brazil dan Thailand.


Sumber Astro Awani


Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Enter your email address:


Delivered by Mengagumkan

No comments

Ada apa nak kata ?