Header Ads

Beg Tangan Diperbuat Daripada Kulit Kaki Sendiri


 Wanita 55 Tahun dari Manchester yang menderita penyakit Pencerutan Pembuluh Darah atau dikenali dengan "Peripheral Arterial Disease" yang mungkin akan kehilangan kakinya membuat keputusan yang agak pelik bila dia meminta dari Pihak Hospital untuk menyimpan kaki nya setelah ia dipotong.

Permintaan pelik itu kemudiannya di dengari oleh pihak Sewport. Dan Sewport dengan rasminya ingin menolong Wanita ini untuk mencari pengilang yang sanggup membuat beg tangannya.


"Saya Tahu ini adalah permintaan pelik dan jijik, dan ada juga yang akan katakan saya ini gila, tetapi.. Pada pandangan saya ini adalah kaki milik saya dan saya tidak sanggup untuk lihat ia mereput begitu sahaja." Tulis Joan kepada pihak Sewport 

"Ia adalah sebahagian dari saya mana mungkin saya akan membuangnya, malah saya akan simpannya."

"Saya sudah mempunyai Sekitar £3,000 (RM15,963.60) dan jika ini tidak cukup saya akan tambahnya lagi" Tambahnya lagi

Apa yang penting bagi Joan adalah mencari seseorang dan pengilang yang sanggup membuat beg tangannya ini.


Sewport didapati telah membuka ruangan untuk membantu Joan merealisasikan impiannya melalui emel yang telah disediakan seaport. Kepada sesiapa yang ingin membantu Joan boleh menghantar butiran di support@sewport.com

Sumber : OddityCentral