Header Ads

Dadah Dan Melayu, Sampai Bila ?

Sumber Gambar Dari Public Health Malaysia
 
Tiga tahun lepas kerajaan sebelum ini melaporkan bahawa 80% penagih dadah di negara ini adalah dalam kalangan orang Melayu, dan peratusan tersebut tidak berubah pada tahun ini.

Terima fakta ini, AKUI ia sebagai satu masalah serius dalam komuniti dan sama sama mencari solusi dan membanteras masalah ini.


Penagih sedia ada perlu dibantu , dipulihkan dan dibawa semula ke komuniti.
Generasi muda, anak anak kita perlu dilindungi.

Mengikut Statistik dari AADK tahun 2017 sehingga 2019 peratusan tersebut tidak berubah dan ini menunjukkan ia tiada peningkatan atau penurunan biarpun pihak berkuasa sudah melakukan banyak perkara untuk menurunkan kadar penagih dadah.
Kapasiti penagih dadah mengikut Negeri
Dalam menangani isu ini, Ibu-Bapa, Guru-guru  harus lah memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak. Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, gejala ini harus dibanteras sama rata.

Kebanyakan penagih dadah ini berasal dari Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Kajian menunjukkan mereka yang terlibat adalah dari golongan yang berpendapatan rendah dan mereka dari kalangan yang tidak bersekolah.

Kapasiti Mengikut Jantina

Statistik di atas menunjukkan penagih dadah mengikut jantina. Hampir 95% penagih dadah adalah lelaki.
Penagih dadah dari pelbagai Etnik
Penagih dadah yang terbesar di rekodkan adalah dari kalangan etnik Melayu dari linkungan umur dari 16 - 39, adalah menjadi tanggungjawab sesama kita untuk membanteras supaya gejala ini tidak sampai ke anak dan cucu kita.


 Pihak berkuasa akur, jenayah dadah ini sukar dibanteras namun dengan kerjasama masyarakat. Ia tidak lah mustahil. 

Akhir kata, Team Mengagumkan sungguh mengharapkan ibu bapa, adik beradik, guru-guru serta rakan taulan mengambil berat keadaan sekeliling, jika didapati salah seorang dari kita telah mengambil dadah. tidak terlambat untuk kita menyedarkan mereka dengan segera meminta bantuan dari pihak berkuasa. 

Statistik diambil dari AADK PORTAL



 
 
LIKE PAGE UNTUK BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA