Kenyataan Abdul Rani Kulup Dijawab JPJ
SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan menjalankan penguatkuasaan dengan meletakkan kenderaannya di hadapan sebuah lori seperti yang dilihat dalam gambar tersebar di media sosial.
JPJ dalam satu kenyataan di Facebook berkata, sebaliknya ketika kejadian anggotanya yang bertugas sedang membantu mengawal lalu lintas.
Katanya, ini bagi memastikan kenderaan lain selamat melalui kawasan berhampiran berikutan terdapat sebuah lori sedang rosak di bahu jalan (tiada dalam gambar) .
"Jarak lori rosak tersebut berada pada lebih kurang 200 meter di belakang kenderaan JPJ dan adalah menjadi risiko yang tinggi kepada pengguna lain sekiranya kenderaan JPJ terpaksa berundur sejauh itu untuk sampai kepada lori yang rosak tersebut.
"Ini menyukarkan anggota JPJ yang bertugas untuk berada betul berdekatan dengan kedudukan lori"
"Anggota JPJ terpaksa meletak kenderaan separuh jalan bagi memastikan pengguna lain dapat melihat lampu mata arah dari jarak jauh kerana bahagian belakang lori tersebut masih berada di dalam laluan kiri jalan," kata kenyataan itu.
Sebelum ini, sebuah akaun Facebook menyiarkan gambar yang menunjukkan kereta milik JPJ berada di hadapan sebuah lori dan kedudukannya di tengah-tengah jalan lebuh raya.
Sumber : Sinar Harian
Post a Comment