Header Ads

(Update) Lori Minyak Terbakar, Laluan Slirm River - Sungkai Ditutup



IPOH: Laluan arah utara dari Slim River ke Sungkai ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan susulan kebakaran sebuah lori tangki minyak di KM372 Lebuhraya Utara-Selatan pagi ini.

​​​​​Sehubungan itu, pengguna lebuh raya yang mahu ke utara dinasihat menggunakan laluan alternatif sebelum sampai ke Slim River.

Jurucakap PLUS ketika dihubungi Bernama di sini, berkata kemalangan berlaku pada jam 8.50 pagi kira-kira 50 meter selepas Plaza Tol Slim River, membabitkan dua buah lori.

Sebuah lori terbabit turut melintangi lebuh raya dua lorong itu, katanya. - BERNAMA

Anggota Bomba sedang berusaha memadamkan api yang terbakar.

Lori Minyak Hangus terbakar

Sumber : Berita Harian