Header Ads

[Kesihatan]5 Tips Untuk Kesihatan Sistem Pencernaan




Kesihatan pencernaan anda jauh lebih penting daripada makanan yang anda pilih untuk dimakan kerana ia memerlukan pengambilan makanan yang betul untuk membetulkan penyerapan nutrisi anda

Anda akan menerima pelbagai kesan jika anda mengabaikan kesihatan anda, jadi disini kami akan kongsi 5 tips untuk menyihatkan sistem pencernaan anda.




1. Jadual Pemakanan Yang Teratur

Makanlah 3 kali sehari makanan yang berkhasiat diselang selikan dengan makanan ringan, ia sangat berkesan untuk membantu pencernaan tubuh anda. Bila sistem pencernaan tubuh bertambah baik, maka badan anda akan menjadi lebih sihat.Menurut Kajian Harval Health, Mereka yang tidak makan ikut skala waktu mudah kena penyakit seperti gastrik atau berat badan bertambah. Menjadi lebih baik jika makan dalam portion yang kecil tetapi kerap.





2. Tambah Zat Fiber dalam Makanan

Kajian Menunjukkan badan manusia memerlukan sekitar 25 grams fiber sehari. Walau bagaimana pun, pengambilan fiber perlulah selaras dengan kalori air yang diambil di dalam badan, jangan mengambil fiber tanpa air, ia akan mengundang bahaya pada badan, kerana badan tidak akan mampu untuk mencerna dengan baik tanpa air.Fiber juga membantu anda untuk jauh dari penyakit yang dikenali sebagai kompilasi Hernia.


3. Hidrasi tubuh anda

Kajian Menunjukkan orang dewasa memerlukan sekurang kurangnya 2 liter air sehari, bagi mengelakkan penyakit yang tidak diingini seperti susah untuk mencerna, kerana jika minum banyak air, sistem pencernaan akan lebih senang berfungsi, Jika kita buang air besar yang keras, itu bermakna badan kita tidak memiliki air yang cukup membuat kita senang sembelit, dan akan menyebabkan usus kita menjadi sempit.



4. Hadkan Makanan Berlemak

Bukan tidak boleh memakan makanan berlemak, seeloknya kita mengehadkan makanan berlemak ini. Ini kerana lemak sangat susah untuk dibakar dan jika ia tidak dibakar ia akan bertukar menjadi kolestrol, Kolestrol akan mengucar kacirkan sistem badan kita. Tapi jika anda makan makanan berlemak, pastikan anda ambil Fiber dan Air putih yang cukup supaya proses penkumuhan mudah

5. Tambah Probiotik Ke Diet Anda

Probiotik penting untuk diet anda kerana denga probiotik, bakteria yang sihat akan membantu Anda dalam proses pencernaan.Probiotik mengimbangi kehadiran bakteria yang tidak sihat yang menyebabkan tekanan pada perut. Stress akan menyebabkan kerosakan pada perut dan usus menjadi kecil, ia juga akan memecahkan lapisan sistem enterik dan mengganggu komunikasi antara sistem saraf dan otak. Apabila probiotik diperkenalkan, mikrobiota usus menggalakkan sistem kekebalan dan pencernaan yang lebih kuat. Yogurt adalah sumber probiotik yang hebat, selain mengambil Supplement yang diakui sah oleh Kementerian Pendidikan.

Dengan menukar cara gaya hidup anda, Team Mengagumkan harap anda akan lebih bertenaga dan sihat sepanjang hari, selain itu. Elakkan stress dan Bersenaman lah walaupun seminit sehari, Gunakan tangga, Elakkan lif dalam sesatu masa.

Share Jika Bermanfaat!

Sumber Dari tipsmonk