Header Ads

Kebuluran Di Sudan Bertambah Buruk


JUBA: Puluhan ribu penduduk berhadapan kebuluran di Sudan Selatan, kata agensi bantuan hari ini, ketika pertempuran berterusan walaupun perjanjian damai sudah ditandatangani enam bulan lalu bertujuan menamatkan perang saudara.

Hampir tujuh juta atau dua pertiga penduduk negara itu mengalami kelaparan teruk, kata kerajaan dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Keadaan makanan terus buruk,” kata pengerusi Biro Statistik Negara, Isaiah Chol Aruai, ketika menyiarkan pusingan terbaru penilaian makanan.

Hampir satu perlima daripada penduduk kini memerlukan bantuan makanan untuk terus hidup berbanding ketika kebuluran disebabkan manusia diisytiharkan pada 2017, dan risiko satu lagi kebuluran adalah ‘risiko sebenar’, kata PBB.

Aruai, ketika bercakap kepada wartawan di Juba bersama-sama ketua Program Makanan Sedunia (WFP) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO, merayu lebih banyak bantuan untuk mengelakkan bencana lebih teruk.

Sumber : Berita Harian