Header Ads

Anak 7 Tahun Dikurung Tanpa Meninggalkan Makanan

RUMAH mangsa yang ditinggalkan ibunya di Taman Hijrah, Kangar, Perlis. 


DERITA kanak-kanak perempuan yang dikurung ibunya sejak Rabu lalu berakhir apabila diselamatkan polis yang terpaksa memecahkan pintu rumah terbabit di Taman Hijrah, di Kangar, malam tadi

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, pihaknya menyelamatkan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu pada 9 malam sebelum menahan ibunya berusia 31 tahun, hari ini.

Menurutnya, ibu bapa kanak-kanak terbabit sudah bercerai dan dia meninggalkan anaknya seorang diri dengan mengunci pintu rumah tanpa meninggalkan makanan untuknya.

“Jiran yang terdengar kanak-kanak itu menangis, cuba memujuknya sejak Rabu lalu dan memberinya makan setiap hari melalui tingkap rumah berkenaan.

“Bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini, penduduk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa semalam bagi menyelamatkan kanak-kanak terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Noor Mushar berkata, pihaknya terpaksa memecahkan pintu rumah berkenaan berikutan pintu jeriji dikunci dengan mangga.

“Sejurus kanak-kanak itu diselamatkan dia dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk menerima rawatan dan pemeriksaan ke atasnya mendapati tiada sebarang kecederaan yang dialami.

“Kanak-kanak itu kini diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.


Sumber : My Metro


LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?