Header Ads

Remaja Mencuri Motosikal Akhirnya Ditangkap Oleh Polis

KETUA Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din menunjukkan rangka motosikal curi yang ditemukan selepas menahan dua remaja di Kampung Lindungan, Petaling Jaya, Selangor.


Dua remaja yang tidak bersekolah ditahan polis ketika sedang meleraikan komponen motosikal curi di Kampung Lindungan, di sini pada 23 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek yang berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 4.30 petang.

“Serbuan itu berjaya menemukan 15 rangka motosikal jenis Honda dan Yamaha Lagednda serta sebuah motosikal jenis Honda EX5.

“Turut dirampas adalah bekas besi berisi pelbagai alatan membuka komponen motosikal,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Sungai Way, di sini hari ini.



Menurut Mohd. Zani, suspek dipercayai aktif melakukan jenayah curi motosikal sejak tahun lalu dan semakan terhadap seorang daripada suspek juga memiliki rekod jenayah dan dadah.

Jelasnya, siasatan awal mendapati komponen motosikal yang dilerai ini akan dijual kepada rakan mereka selain untuk kegunaan sendiri.

“Kita percaya suspek juga terbabit dalam enam kes di Sungai Way dan masing-masing satu kes di Jinjang serta Subang Jaya, dekat sini,” ujarnya.

Tambahnya, suspek kini masih direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.


Sumber : Utusan Online

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?