Seorang remaja telah Membongkar rahsia "Love Bite"
PADAH mengambil kesempatan ke atas remaja berusia 16 tahun dengan melakukan hubungan seks, lima lelaki ditahan, malam tadi, apabila remaja itu membuat laporan polis selepas ibunya mengesan terdapat kesan lebam pada lehernya.
Dalam tangkapan bermula 11.30 malam tadi, lima suspek lelaki berusia antara 16 hingga 20 tahun ditahan sepasukan anggota Balai Polis Kangkar Pulai, bagi membantu siasatan.
Mereka ditahan terdiri daripada tiga pelajar sekolah menengah, seorang penganggur dan seorang penjual air mineral.
Difahamkan, remaja perempuan yang juga anak tunggal itu hanya tinggal bersama ibunya selepas kematian bapa dan kejadian berlaku di rumahnya ketika ibunya tiada di rumah.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi berkata, hasil siasatan awal mendapati remaja perempuan itu mula melakukan hubungan seks dengan semua suspek selepas tamat peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Oktober tahun lalu.
“Tahun lalu, seorang suspek yang juga kawan lelaki remaja berkenaan bersama dua sepupunya mengambil dan menghantarnya pulang ke rumah di Kangkar Pulai di Iskandar Puteri.
“Mereka mengajak remaja terbabit melakukan hubungan seks dan ia berlaku dengan kerelaan remaja itu. Sejak kejadian itu, dia melakukan hubungan seks dengan dua lagi lelaki dengan kesemuanya seramai lima orang,” katanya.
Beliau berkata, kali terakhir remaja itu melakukan hubungan seks dengan dua daripada lima suspek iaitu 2.30 petang, Jumaat lalu dan kira-kira 1 petang kelmarin, ibu remaja itu ternampak kesan lebam pada lehernya.
“Dia kemudian menceritakan apa yang berlaku sebelum ibunya bertindak menyuruhnya membuat laporan polis,” katanya.
Menurut Dzulkhairi, lima suspek lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis.
Katanya, ketika ditahan, tiga telefon bimbit turut dirampas dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Post a Comment