Header Ads

Anak Maut, Ibu Parah Dalam Kemalangan


LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Keadaan lori dan kereta yang terbabit nahas mengorbankan seorang mangsa, pagi tadi.







TAPAH - Seorang lelaki maut sementara ibunya parah selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori di KM44 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, pagi tadi.

Kejadian berlaku sekitar jam 6.20 pagi itu menyebabkan Mah Poh Wah, 42, yang memandu kereta jenis Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian sementara ibunya berusia 72 tahun cedera di kepala.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke Tapah sementara lori muatan barangan basah dari arah bertentangan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, lori dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun terbabit hilang kawalan sebelum masuk ke lorong bertentangan.


"Keadaan itu menyebabkan pertembungan berlaku. Pemandu kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, sementara ibunya yang duduk di bahagian penumpang hadapan parah di kepala.

"Pemandu lori pula hanya mengalami cedera ringan. Kesemua mereka dibawa ke Hospital Tapah," katanya.

Beliau berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER - SINAR HARIAN

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?