Header Ads

Dr Mahathir Gesa Dasar Maritim Komprehensif

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mendengar penerangan mengenai pesawat dron Wing Loong II buatan China pada perasmian Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19) edisi ke-15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), hari ini. - Foto Bernama
LANGKAWI - Berucap pada Persidangan Maritim Kebangsaan di sini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan menyedari keperluan mewujudkan rejim tadbir urus laut bagi Malaysia.

Beliau berkata perlu ada dasar yang menyeluruh merangkumi semua aspek maritim seperti keselamatan, ekonomi dan alam sekitar.

“Jika kita terus menguruskan laut secara segmen, seperti sekarang, pertindihan bidang kuasa dan konflik kepentingan antara sektor tidak akan dapat diselesaikan,” katanya dalam ucaptama pada majlis yang dianjurkan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) hari ini.



Perdana menteri menegaskan sudah tiba masanya semua agensi berkaitan maritim bekerjasama dan bergabung proses kerja yang bersesuaian, dan ini boleh dicapai melalui pemahaman, kepercayaan dan komunikasi terbuka.

“Pertindihan bidang kuasa harus ditandatangani dengan segera untuk mengatasi pembaziran sumber kerajaan. Pendekatan yang diselaraskan dan bersepadu seharusnya menjadi jawapan untuk memperkuat penguatkuasaan maritim,” kata Dr Mahathir. 

SUMBER - BERNAMA

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?