Header Ads

Dr Mahathir Terima Anugerah Awam Tertinggi Pakistan

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
TUN Dr Mahathir. - Foto BERNAMA

ISLAMABAD: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam dianugerahi 'Nishan-e-Pakistan' atau Order of Pakistan, anugerah awam tertinggi negara itu yang disampaikan oleh Presiden Pakistan Dr Arif Alivi.

Anugerah itu diberikan atas sumbangan beliau kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ASEAN.

Majlis penganugerahan itu yang turut dihadiri Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berlangsung di Istana Presiden Aiwan e-Sadr dan bermula dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Nishan-e-Pakistan adalah anugerah awam tertinggi yang diberikan Kerajaan Pakistan untuk perkhidmatan tertinggi kepada negara Pakistan.

Anugerah paling berprestij yang diperkenalkan pada 19 Mac 1957 itu hanya diberikan kepada penerima di atas merit dan perkhidmatan yang cemerlang kepada negara, komuniti antarabangsa dan hubungan luar negara.

Selepas acara berkenaan, Dr Mahathir menghadiri majlis jamuan negara yang dihoskan oleh Dr Arif.

Terdahulu, Dr Mahathir mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden itu.

Beliau kini dalam lawatan kerja tiga hari ke Pakistan yang bermula Khamis. 

SUMBER - BERNAMA

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?