Dua Maut Kemalangan Berasingan
Penunggang motosikal yang maut. |
"Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku sewaktu mangsa dari arah Simpang Renggam menghala ke Air Hitam.Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa telah bergesel dengan sebuah lagi motosikal dari arah yang sama.
"Akibat pelanggaran tersebut, kedua-dua mangsa terjatuh di atas jalan raya dan Mohamad Zulfikar maut serta-merta di tempat kejadian kerana cedera parah di bahagian kepala dan anggota badan," katanya.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Enche Besar Hajjah Kaslom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat manakala seorang lagi penunggang motosikal, Muhamad Hafizee Mohamad Rafiee, 18, cedera parah dan sedang menerima rawatan di hospital yang sama.
Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati lokasi kemalangan adalah jalan lurus yang mempunyai garisan putih putus-putus selain permukaan bertar. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang pemandu kereta, M Kalai Venthan, 29, maut di KM 76 Jalan Yong Peng-Kluang kira-kira jam 6.50 pagi tadi selepas kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas.
Pemandu kereta yang maut dalam kemalangan berkenaan. |
"Akibat pelanggaran, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana hentakan kuat di kepala sebelum dibawa ke Unit Forensik HEBHK untuk dibedah siasat," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 dan siasatan di lokasi kejadian mendapati kawasan kemalangan adalah jalan berselekoh dan mempunyai garisan putih berkembar selain permukaan jalan bertar.
SUMBER - SINAR HARIAN
Post a Comment