Header Ads

Tiga Suspek Kes Sungai Kim Kim Didakwa

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Mengagumkan
Suspek kes pencemaran Sungai Kim Kim dibawa ke Mahkamah Sesyen untuk pertuduhan sebentar tadi.
JOHOR BAHRU - Tiga tertuduh kes pencemaran Sungai Kim Kim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Johor Bahru pagi ini.Ketiga-tiga lelaki terbabit tiba di mahkamah jam 9.05 pagi dengan kawalan ketat polis.

Dua daripada suspek yang memakai tshirt berwarna putih menutup muka dengan topeng muka manakala seorang lagi suspek menutup muka dengan baju berwarna coklat yang dipakainya.

Kelihatan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Datuk Dr Muhammad Ezani Mat Salleh turut tiba di mahkamah sekitar jam 9.15 pagi.

Media pelbagai agensi turut menanti ketibaan suspek seawal jam 8 pagi. 



SUMBER - SINAR HARIAN

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?