Header Ads

PM New Zealand Terima Ugutan Bunuh

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern. - Foto Reuters
CHRISTCHURCH: Polis sedang menyiasat ugutan bunuh yang dihantar kepada Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, di media sosial, lapor media tempatan.

Satu entri di Twitter yang mengandungi gambar senjata api berserta dengan keterangan gambar “You are next” dihantar kepada pemimpin itu.



Memetik laporan Herald, entri itu dimuat naik lebih 48 jam lalu sebelum akaun Twitter penghantar terbabit digantung menjelang jam 4 petang selepas dilaporkan pelbagai pihak.

Satu lagi entri turut dikongsi kepada Ardern dan Polis New Zealand berserta gambar yang sama dengan keterangan gambar “next it’s you”.

Difahamkan, akaun yang digantung itu memuatkan kandungan anti-Islam dan ucapan kebencian pelampau bangsa kulit putih.

Jurucakap polis memberitahu Herald bahawa polis sedia maklum dengan komen yang dikongsi di Twitter dan sedang menjalankan siasatan.

Pejabat Perdana Menteri dan Twitter juga sudah dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Menurut polis, mesej itu diterima pada jam 1.48 petang (waktu tempatan) sejurus selepas seluruh negara bertafakur sejenak mengenang mangsa pembunuhan kejam pelampau kulit putih yang mengorbankan 50 jemaah di dua masjid di Christchurch. 

SUMBER - AGENSI

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?