Header Ads

BUDAK KERBAU STABIL SELEPAS JATUH


Remaja berusia 14 tahun itu berkata demikian ketika menceritakan kemalangan yang dialaminya akibat terjatuh ketika bermain dengan melompat dari belakang seekor kerbau untuk ke kerbau lain, kira-kira jam 8 pagi semalam.

Akibat insiden itu, Mohd Syukur terpaksa bermalam di wad biasa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini jam 11.30 malam bagi membolehkan doktor memantau keadaan kesihatannya.

Menceritakan semula kejadian itu, Mohd Syukur yang sering digelar ‘Mowgli Malaysia’ berkata, dia terjatuh kerana tersalah langkah ketika melompat. katanya ketika ditemui di wad biasa HSNZ, hari ini.

Kejadian berkenaan berlaku kira-kira 8 pagi ketika Mohd Syukur bersama beberapa sepupunya bermain di kandang haiwan berkenaan.

Mohd Syukur sebelum itu menjalani sesi fotografi bersama beberapa jurufoto termasuk dari Pulau Pinang.

“Saya tak serik untuk melompat lagi lepas ini, tapi akan lebih berhati-hati,” kata Mohd Syukur.

Sementara itu, Pengarah HSNZ, Dr Nor Azimi Yunus berkata, keadaan Mohd Syukur stabil dan tidak membimbangkan.

“Hasil CT Scan (pengimbasan tomografi berkomputer), kita dapati tiada gegaran yang menyebabkan pendarahan dalam otak.

“Kita lakukan CT Scan kerana bimbang selepas Syukur dikatakan muntah sebanyak empat kali, tapi Alhamdulillah, tiada apa-apa dan dia boleh keluar wad petang ini,”
katanya.







RASA berdengung, lepas tu ‘blackout’ (pengsan)... tahu-tahu saja dah ada atas kereta,



Sumber :Harian Metro




LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?