Header Ads

Ronaldo Belum Sedia Ke Amsterdam

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Cristiano Ronaldo. - Foto AFP

ROME: Pengendali Juventus Massimiliano Allegri menjangkakan Cristiano Ronaldo mungkin tidak sempat pulih daripada kecederaannya menjelang perlawanan pertama pusingan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Ajax pada 10 April ini.

Ronaldo, pemenang lima kali saingan tertinggi Eropah itu, meninggalkan padang dengan masalah paha ketika beraksi sebagai kapten Portugal dalam perlawanan yang menyaksikan pasukannya seri dengan Serbia.

“Dia sudah mula bergerak tetapi tidak akan kembali berlatih sehingga betul-betul cergas. Akan ada risiko di mana dia terpaksa melupakan perlawanan pertama menentang Ajax,” kata Allegri.


“Kami perlu lebih berhati-hati kerana kami berada dalam tempoh musim yang rumit. Adalah elok jika dia terlepas satu perlawanan dan kembali dengan 100 peratus supaya dia tidak akan mengulangi risiko mengalami kecederaan. Lebih baik terlepas satu perlawanan daripada dua bulan.” 

Juara Serie A, Juventus akan bertolak ke Amsterdam sebelum menerima kehadiran pasukan Belanda itu pada 16 April dengan kelab Itali itu mengharapkan gelaran Eropah pertama sejak tahun 1996.

Juve secara tidak rasminya sudah memenangi kejuaraan Serie A buat kali kelapan berturut-turut apabila mereka kini mendahului 15 mata di depan pasukan di tempat kedua, Napoli dengan perlawanan kini berbaki 10 perlawanan dan akan bertemu Empoli awal pagi esok. 

SUMBER – AFP 

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA


No comments

Ada apa nak kata ?