Tindakan Bodoh Wanita Ini Menyuntik Jus Buah-Buahan Ke Dalam Darah
Seorang Wanita Cina terlalu obses dengan trend kehidupan sihat boleh dikatakan sangat bernasib baik kerana masih hidup selepas dia membuat keputusan bodoh dengan menyuntik 20 jenis jus buah buahan ke dalam saluran darahnya.
Wanita yang berumur 51 tahun itu, Zeng.. dikatakan terlalu obses dengan "Gaya Hidup Sihat" sehinggakan dia sanggup berbuat apa saja. Pada 22 Febuary lalu, Zeng telah mengisar Jus buah buahan dengan menggunakan lebih 20 jenis buahan. Apa yang peliknya, dia tidak meminum buah itu sebaliknya menyuntik kedalam aliran darahnya sendiri.
Tidak lama kemudian dia mula merasa simptom yang pelik seperti, "Anxiety", kegatalan badan dan suhu badan meningkat. Apa yang menyedihkan dia hanya abaikan simptom tersebut. Kemudiannya, suami Zeng terasa sangat pelik kerana selalunya Isteri beliau sangat aktif namun pada hari itu, dia hanyalah wanita suram dan terus membawa Zeng ke Hospital yang berdekatan
Tiba di hospital, setelah doktor selidik apa yang telah berlaku pada Zeng, Doktor di Hospital Guiyang terus membuat pemindahan ke Hospital Universiti Xiangnan, Di mana dia dirawat begitu rapi. bagaimanapun, wanita yang berumur 51 ini, sangat bertuah walaupun dia diagnoskan dengan beberapa jangkitan, kegagalan hati,buah pinggang dan jantung. Setelah dirawat dengan rapi dan telah diberi ubat antibiotik berpanjangan, Dia sangat bertuah kerana simptomnya telah hilang dan selepas 5 hari keadaan dia bertambah baik
"Saya ingatkan buah yang segar ini sangat berkhasiat dan tidak akan memudaratkan saya bila saya suntik ia ke dalam darah" Kata Zeng kepada Pemberita
"Saya tidak tahu pula ia akan memberi saya masalah yang begitu besar" tambahnya lagi.
Kata Doktor yang merawatnya "Aliran darah tidak boleh disuntik dengan elemen sesuka hati, ia akan melibatkan jantung, hati dan buah pinggang tidak berfungsi, Buah-buahan sangat baik untuk di makan bukan untuk di suntik didalam aliran darah."
Post a Comment