Header Ads

Bunuh Kekasih, Nelayan Berdepan Tali Gantung

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Ali dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown, hari ini atas tuduhan membunuh kekasihnya, minggu lalu. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
GEORGETOWN: Seorang nelayan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh kekasihnya, minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan kepada tertuduh, Ali Ahmad, 55, di hadapan Majistret L Umma Devi.

Mengikut pertuduhan, Ali didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Surinder Kaur Bedi Kirpal Singh, 37, di Persiaran Bayan Indah di sini, antara jam 10 hingga 10.45 malam, 30 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Umma Devi menetapkan 9 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes, selain tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Syafiq Nasrullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut laporan, Ali didakwa memukul mangsa menggunakan topi keledar sehingga mati akibat cemburu.

Surinder Kaur meninggal dunia jam 5 pagi akibat kecederaan parah di kepala, selepas dirawat di Hospital Pulau Pinang di sini.

SUMBER - BERITA HARIAN

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?