Header Ads

Syarikat Terkemuka Taiwan Labur RM800 Juta Buka Kilang

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
TENGKU Hassan Tengku Omar melihat lukisan yang dipamerkan pada majlis perasmian Karnival Operasi Khidmat Masyarakat Bersama Komuniti (Opkim) di Kampus Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), hari ini. - Foto Baharom Bakar

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan menerima pelaburan pertama berjumlah RM800 juta daripada satu syarikat terkemuka Taiwan di Lembah Silika Terengganu (TSV) Kampung Jambu Bongkok, Marang.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Tengku Hassan Tengku Omar, berkata syarikat itu bersetuju membina kilang menghasilkan pelbagai produk berasaskan pasir silika melalui tiga fasa.

Katanya, perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dan syarikat terbabit akan ditandatangani Oktober depan.

“Pada fasa pertama dan kedua, syarikat itu dijangka melabur RM200 juta untuk pembinaan kilang dan bakinya RM600 juta melalui fasa ketiga.

“Selain syarikat Taiwan, kerajaan negeri juga dijangka menerima pelaburan daripada syarikat tempatan untuk membuka kilang bagi menghasilkan pelbagai produk termasuk barangan kaca dan baju di kawasan TSV,” katanya selepas merasmikan Karnival Operasi Khidmat Masyarakat Bersama Komuniti (Opkim) di Kampus Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini, hari ini.



Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UniSZA, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh.

Tengku Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Ladang berkata, kerajaan negeri menyasarkan mampu menarik pelaburan asing dan tempatan sebanyak RM13 bilion di kawasan projek pembangunan TSV di atas tapak seluas kira-kira 4,000 hektar di Jambu Bongkok, Marang.

Katanya, kawasan TSV akan dibangunkan khas kerajaan negeri untuk industri silika bagi memudahkan pelabur membuka kilang menghasilkan bahan daripada silika seperti gelas, barangan kaca dan pakaian.

“Walaupun kerajaan negeri mengenakan syarat ketat iaitu tidak membenarkan pengeluaran silika yang belum diproses, tetapi peraturan ditetapkan berjaya menarik lebih 50 syarikat terutama dari China dan Taiwan untuk terus membuat pelaburan.

“Kerajaan negeri terpaksa mengenakan syarat ketat itu kepada pelabur supaya membina kilang di kawasan TSV bagi mewujudkan peluang kerja kepada rakyat tempatan,” katanya.

SUMBER - BERITA HARIAN

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?